sejak dua menjak ni rasa macam tak bermaya je.rasa otak dah kosong sepenuhnya.yelah dah dekat sebulan aku dok umah tak buat ape-ape kerja selain daripada tolong mak.mula-mula okayla,tapi bila dah sebulan naik muak jugak dok rumah tak berbuat apa-apa nih.tapi nak buat apa?nak kerja ke?terpaksa dilupakan sebab dah tak lama dah jugak.hari khamis lepas aku,cik hOt dan noras keluar untuk belanja sifu blaja kete makan pizza.tapi pizza kat pengkalan chepa.kedai yang memang senyap dan sunyi macam tak de pelanggan lain kot.tapi still enjoy sebab sifu dan anak buah sifu buat lawak tak habis-habis.kira okaylah kan sebab semua macam makan dengan senang hati je.gambar atas untuk hari khamis yang lepas.khamis akan datang entah apa plak.
okay,bila balik rumah ade jadi satu benda yang buat aku kusut tahap maksima.bila dengar je cite sebenar terus aku rasa lain.salah aku ke?betulke aku buat macam tu?tak adillah.aku je kat rumah.tapi biarkanlah sebab tak baik buat tanggapan yang tak baik untuk orang lain.jadi aku anggap itu salah aku.terbaiklah!selesaikan?belum lagi.bila dok kat rumah lama-lama mulalah rasa bosan.nak keluar lepak-lepak,borak-borak,gelak-gelak ngan kawan je keje.bila keluar bukan beli apa-apa pun.itu yang sedih tu.nak beli macam mana kalau dah pitis tak de.al-maklumlah penganggur sekarang.sejak cuti ni aku rasa dekat lima kali dah ke kBMALL yang famous tuh!mantaplah izzati.pergi window shopping memang menyeronokkan tapi kalau dah tapi kalau dah tiap kali pergi asyik window shopping sakit jugak hati ngan mata dok tengok SALES sana,SALES sini.macam nilah hidup kalau tak de pendapatn tetap.tak leh aku bayang macam mana orang zaman sekarang yang tak kerja atas alasan "malas",:penat",boring" and bla~bla~bla.seksa jiwa kot tengok ada potongan tapi tak dapat dimilki baju atau kasut tu.sangat sedih!jadi hari ni aku tak mau join my dear ishami dan k.idah untuk pergi ke kbmall.bukan mals untuk jumpa tapi betul-betul tak de mood nak berjalan.sebab akud ah dapat hafal dah kedai or baju-baju yang new arrival.entah bila dapat beli pun tak tau lah.tengok aje izzati.lemah lutut tengok baju yang cantik tapi dapat beli.mesti ramai yang paham perasaan yang aku cakapkan ni,tak gitu?i choose to stay at home.Walaupun tak tau nak buat apa kat rumah tapi better here than there.bila dok kat rumah plak rasa-rasanya banyak kali gak dok bukak facebook.sampai naik muak aku rasa.tapi itulah..dah tak tau nak cari atau nak tengok apa.bukak je lah.nasib baik ada my bloggie kalau tak,tak dapat nak nolong den.tiap-tiap pagi kene bangun awal,sebelum ni boleh lagi pukul 9 bangun tapi akhir-akhir ni jeritan untuk bangun pagi makin awal plak rasanya.cik azizah punya suara kedengaran dari dapur maklumlah bilik tepi dapur.dengan jelas dan lantangnya aku dengar suara ibu yang ku sayang kejutkan aku untuk bangun sebab dia cakap "bangunlah!matahari tubik doh ni!"
jadi terpaksalah aku bangun lepas dok bermals-malas atas katil kesayangan aku.cuba kalau tak bangun,korang rasa apa akan jadi?muncullah bunyi-bunyian yang tak diingini.hahahahaha.
ohhhhhhhhh mum,i'm gonna misss this time when i'm gone. untuk sejukkan hati ibu yang tercinta aku bangunlah.tugas pertama kena sapu-sapu kat tangga.wajib untuk disapu yer! kedua,sapu daun-daun kering.agak letih sebab terpaksa sapu berulang kali bila angin kuat.tak seronok langsung tapi tetap buat.ketiga,jemur kain.siap semua kerja asas masuk dapur untuk kelas memasak bersama cik azizah.yang ni penat skit dan kena banyak bersabar sebab kebersihan penting sangat-sangat-sangat-sangat.bila difikirkan balik nasib baik aku tak de abang mahupun adik lelaki.kalau tak jenuh nak cari calon menantu yang boleh buat apa yang cik azizah buat kat dapur.unik dan rumit.aku anak kandung ni pun tak mampu nak buat ikut cara cik azizah inikan plak orang luar.hahahaha~~tapi tetap ikut sebab caranya terbaik lah!ada betulnya cara ibu tersayang cuma kena belajar banyak agih.alhamdulillah cuti lama ni dapat gak blaja memasak dengan betul.buat bekalan bila dah stay sorang in future.jimat skit,kan?cuti ni jugak sibuk tolong abah tercinta mengecat rumah dengan warna baru tapi kekal dengan warna asal iaitu soft lembut.jambu tak?just nice.adela jugak aku tolong-tolong ringankan beban abah tersayang.sekarang dah 80% siap.time kasih abah,sayanglah!
mereka berdualah orang yang aku luangkan masa.sangat bermakna walaupun kadang-kadang ngajuk manja.diorang memang terhebat dalam hidup aku.tak mau kehilangan ma dan abah yang aku cinta sangat-sangat.malu untuk bagitau depan-depan so tulis sini.sayang ma sangat!sayang abah banyak! semoga Allah memanjangkan umur mereka yang aku sayang ini.muah.
xOxO: saya tetap sayang awak
