Sunday, April 24, 2011

bimbang

Assalamualaikum,,

Hari ni aku bangun kepala rasa sakit yang amat.entahla mungkin sejak akhir-akhir ni aku terlebih tidur.tabiat baru ialah tidur di waktu petang.mana tak lebih kalau dah malam plak tidur punya awal.sengang plak mata ni nak tertutup.badan tak letih buat kerja tapi letih disebabkan kekenyangan.berat badan pun dah mula naik sekarang.tapi tak heranlah kalau dah duduk kat rumah hampir dua bulan tak buat apa-apa kerja kecuali makan,tidur dan tV.hasrat untuk cari kerja tak kesampaian sebab aku tau abah akan seribu satu alasan untuk aku.jadi sampi sekarang tak dapat apa-apa.mungkin sesape yang kerja kat luar sana dah dapat kumpul hampir seribu kot tu pun kalau tak digunakan.tapi aku?cukupla dengan apa yang parents aku bagi.susah jugak kehidupan aku sebab aku tak diberi gaji macam orang lain.ada yang diberi gaji sebab buat kerja rumah atau tolong apa-apa yang patut.aku???...senang cerita,tolong apa-apa yang patut dah memang jadi kerja aku kat rumah ni.aku je yang ada kat rumah ni jadi aku lah yang kena tolong mama atau abah kat daput atau kat bawah.kadang-kadang rasa sedih gak sebab bila nak keluar pergi mana-mana aku kene bergantung pada mama dan abah.pendapatan sendiri mana ada lagi.bila sekolah dah habis duit poket pun habis jugaklah.jadi apa yang aku boleh buat masa sekarang makan yang ada,pakai yang ada dan guna yang mana ada. Tak delah sedih sangat sebab aku tahu aku bertuah berbanding meraka yang jauh lebih susah dan daif dari aku.sekurang-kurangnya mama dan abah masih ada pendapatan dari pencen mereka..alhamdulillah,rezeki keluarga aku melimpah-limpah.walaupun tak banyak dan mewah tapi kami sederhana.itu yang terbaik bagi aku.sebab aku dapat belajar cara dan rasa macam mana susahnya nak cari duit untuk kesenangan hidup.selalu dengar dari mama jadi tau serba sedikit.bila dengar mama mengeluh aku tahu kami tak sesenang dulu.sebab dulu kos hidup keluarga kami tak tinggi mana.yelah aku pun dah nak masuk universiti. Belanjanya mesti banyak sangat sebab ni kali pertama aku akan tinggal jauh dari mereka. Bila pkir balik memang risau sebab takut menyusahkan keluarga aku.aku hanya mampu berharap semunya okay je.setakt ni mampu lagi hidup,rezekiyang Dia kurniakan masih cukup.alhamdulillah. walaupun aku dah lama tak shopping sakan,tapi aku cuba faham keadaan aku yang tak mewah ni.keinginan hati memang banyak tapi semua tu cuma keinginan bukan keperluan.rambang mata bila keluar jalan-jalan kat mall dengan kakak atau kawan.macam-macam nak tapi aku tak pernah beli kot.setiap kali pergi mata ni rambang tengok baju dan beg yang trendy. Mana yang berkenan cuma tengok dan letak dalam fikiran untuk diingati tapi bukan untuk dibeli.memang tak puas sebab tak dapat milikinya.itulah yang terbaik sebab lama–kelamaan aku sendiri akan lupa macam mana rupa beg atau baju tu sendiri.bagus kan??aku tau sekarang aku berada di bawah,sampai satu masa aku akan berada di atas sebab hidup ni tak pernah adil.kalau adil tak de orang yang akan menderita.kalau hidup ni adil tak de orang yang menangis dan bersedih.betul tak?bukan nak bercakap besar tapi tu hakikatnya. Semua manusia yang bernyawa kat atas muka bumi ni mesti pegang kata-kata tu.hidup ni tak pernah adil.sebab dari situ kita akan fikir balik semua kesusahan yang kita alami sebelum ni bila kita dah berjaya. Penting semua tu untuk pastikan kita tak diawangan setiap kali kita dapat capai apa yang kita nak dalam hidup kita. Ramai yang lupa diri dan mula berubah jadi orang lain bila hidup mula senang,rezeki mula melimpah dan duit mula banyak. Sampai ada yang lupa mak ayah sendiri. Golongan ni memang dah tahap kritikal sebab mereka ni mula hanyut dah dengan kemanisan hidup kat dunia ni.mungkin kat dunia ni mereka dapat kemanisan dan kesengan tapi di akhirat dapat ke? Tepuk dada tanya selera. sape yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Bekalan kita untuk ke akhirat hanya kita dan Allah s.w.t. saja yang tahu.jadi mestilah tak de orang lain yang boleh tolong kita kecuali diri kita sendiri. Pernah terfikir kalau aku berada di atas sekarang apa akan jadi ngan aku?sungguh aku takut aku akan lupa diri dan DIA. Keadaan aku sekarang tak termasuk kategori susah tapi sederhana.tapi aku tahu satu hari nanti takdir akan menyebelahi aku.sebab hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk aku.apa yang aku patut buat hanya berdoa agar aku dapat menerima apa yang ditakdirkan dan redha sahaja.bila hidup dah senang mungkin aku jugak akan menjadi gila sebab kehendak hati yang membuak-buak.tak salah untuk aku beli apa yang aku nak selagi tidak melebihi had aku sendiri.hidup ni mesti ada had dan batasnya.jangan sampai kita melampaui batas yang kita sendiri buat sudah.setiap hari satu persoalan yang bermain dalam fikiran aku ialah “aku ni dah cukup matang ke untuk hidup??” memang aku dah hidup tapi maksud aku “kehidupan yang betul-betul”. Kalau sebelum ni apa saja yang aku nak buat mesti tanya pendapat mama dan abah dan semua gerak geri aku diperhatikan mereka.nama lagi aku ni tanggungan dan tanggungjawab mereka. Bila aku dah melangkah keluar dari zon selesa aku,keputusan dan gerak-geri aku hanya aku yang mampu kawal.sebab mak ayah dah jauh dari kita.maknyanya hanya aku dan diri aku sendiri yang perlu buat keputusan,apa saja.jadi,apa masalahnya?bukan masalah tapi risau dan takut. silap langkah diri kita yang bahaya.bila ada parents sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang baik untuk kita sebab mereka makan garam dulu dari kita sendiri. Bila diluar kita akan mula terpengaruh ngan kawan,nafsu dan kehendak hati.jiwa kacau sekali lagi,apa pun hanya DIA yang tahu....

xOxO: bila kat atas ingat saat kita kat bawah